Tuesday 16 October 2012

Kerangka Konsep SKPM 2010

Salam guru-guru SK Kampung Baru Kerteh,

KERANGKA KONSEP STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM) 2010

Sekolah wujud dalam persekitaran terdiri daripada pelbagai elemen (input) yang memiliki ciri-ciri tertentu dan mempunyai hubungan antara sama lain. Input yang diproses gaul antara satu sama lain secara berterusan akan menghasilkan output iaitu kemenjadian murid.

Faktor penyumbang kepada proses pembelajaran yang menentukan corak kemenjadian murid;

1.  Kepimpinan dan pengurusan institusi pendidikan.

2.  Profesionalisme keguruan.

3.  Pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

4.  Prasarana dan sumber pendidikan.

5.  Pembangunan sahsiah dan kebajikan

6.  Pengelibatan komuniti dalam pendidikan

7.  Pembelajaran, Pengajaran dan Penilaian.

Fokus Kemenjadian Murid
Standard ke 5


Prasekolah : Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah;

  1. berkebolehan berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
  2. mempunyai kematangan emosi, konsep kendiri yang positif dan jati diri.
  3. mempunyai tubuh badan yang sihat, mempraktikkan amalan kesihatan yang baik, menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  4. meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas, menggunakan kemahiran matematik asas, berfikir kritis, kreatif dan inovatif.
  5. mengamalkan nilai murni, nilai islam (bagi murid beragama islam) dalam kehidupan seharian, menghargai alam dan warisan budaya.

Sekolah Rendah : Pada akhir pendidikan sekolah rendah, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah;

  1. menguasai Bahasa Malaysia.
  2. menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
  3. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil.
  4. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis.
  5. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.
  6. menguasai kemahiran belajar dan berfikir.
  7. membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan keyakinan diri.
  8. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia.
  9. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
  10. memahami dan menghargai budaya.
  11. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi.
  12. mengetahui hal hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri.
  13. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan produktiviti.
  14. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan memahami makna ayat tertentu dalam al Quran (untuk murid beragama islam).
  15. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan mengamalkan nilai murni.
  16. memupuk semangat patriotisme.
  17. membangunkan bakat dan kreativiti
  18. membangunkan sikap positif.

    ..by Amran Salleh

 

No comments:

Post a Comment