Thursday 13 December 2012

KEMAHIRAN ABAD KE 21.

Pakar pendidikan  kebanyakkan negara  berpendapat kanak-kanak memerlukan kemahiran lebih daripada 3M (membaca, menulis dan mengira). Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi semakin penting.

Di Singapura, konsep kemahiran abad ke-21 ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai  keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif dan merupakan warga negara yang prihatin.

Di Finland, kemahiran abad ke -21 berteraskan kepada perkembangan kendiri, identiti budaya dan keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatif, bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitik berat kesihatan diri dan masa depan yang lestari.

Di Malaysia pula kemahiran abad ke-21 terkandung dalam matlamat kurikulum kebangsaan iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.

Wednesday 12 December 2012

Assalamualaikum semua,

Saya ada mendengar satu kuliah agama yang sangat baik untuk dikongsi bersama-sama antaranya ialah;

Ahli kubur sangat menyesal kerana tidak membuat 4 perkara semasa hidup iaitu
  1. Tidak menghadiri kuliah agama
  2. Tidak banyak beristirghfar kepada Allah
  3. Tidak banyak berselawat kepada Rasullullah
  4. Tidak banyak bersedekah

Seterusnya Allah tidak suka kepada orang yang ketawa dalam 3 keadaan iaitu;
  1. Semasa mengiringi mayat ke kubur
  2. Semasa berada di kawasan perkuburan
  3. Semasa mendengar kuliah agama (senyum tak apa tapi jangan ketawa kerana bimbang hilang berkat majlis ilmu dan berkat ilmu itu). 

Juga Allah tidak suka kepada orang yang tidur dalam 3 keadaan iaitu;
  1. Semasa mendengar kuliah agama / (khutbah).
  2. Antara waktu maghrib dan isyak
  3. Selepas solat subuh.
Wallahua'lam.

Tuesday 11 December 2012

PETIKAN KATA-KATA YAB MENTERI PELAJARAN MALAYSIA BERKAITAN PPPM

“Di manakah kedudukan sistem pendidikan kita berbanding sistem negara lain? Adakah apa yang kita anggap ‘baik’ sebenarnya sudah cukup baik?” 

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin


Umpamanya, daripada 74 buah  negara yang mengambil bahagian dalam PISA 2009+, prestasi Malaysia berada di tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains. 

Ini merupakan kali pertama Malaysia mengambil bahagian dalam pentaksiran PISA, dan purata prestasi murid Malaysia dalam ketiga-tiga bidang ini sangat rendah. 

FOKUS PPPM 2013 - 2025

Ialah cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. 

OBJEKTIF PPPM 2013 - 2025

Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti yang berikut:
 
1.Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian(ekuiti),  menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem;

2.Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas  untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan 

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.



PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025
(PPPM 2013 - 2025)

Assalamualaikum guru2 SK Kg Baru Kerteh.

Sila baca PPPM 2013 - 2025 untuk update pengetahuan kita mengenai rancangan kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan melaksanakan transformasi dalam pendidikan  di negara kita.

Anggaplah ini sebagai satu tugas rasmi kepada kita untuk membacanya. Sila klik di sini untuk terus membaca.Bacalah...

SELAMAT MEMBACA.

Friday 9 November 2012

FORMULA KEJAYAAN

 Love your job
 Enjoy your job
 Proud your job
 Sincere your job  
CIRI-CIRI GURU BERKESAN DALAM KELAS

  1. Memahami dan kenal murid
  2. Seronok dan sukakan murid
  3. Menguasai kemahiran
  4. Mempelbagaikan kaedah p&p
  5. Menjadi model yang sesuai dan disukai murid
  6. Komunikasi berkesan
  7. Sentiasa memberi motivasi
CIRI-CIRI GURU BERKESAN DI SEKOLAH

  1. Gembira / suka / ceria
  2. Menghormati ketua
  3. Mematuhi arahan
  4. Senang memberi kerjasama
  5. Sensitif dengan budaya sekitar
  6. Dapat menonjolkan kehebatan

Friday 2 November 2012

PANDUAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (p&p).

1. Apakah maksud penggunaan ICT dalam p&p?

Penggunaan ICT dalam p&p bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p.

 2. Apakah manfaat ICT dalam pembelajaran?

 Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran;
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi murid.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).
• Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
• Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperolehi.
• Mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan mencabar.
• Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana secara biasa.
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
• Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkatkan kemahiran ICT.

3. Bagaimana menggunakan ICT dalam p&p?

Dalam konteks penggunaan ICT dalam p&p, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.

Penggunaan ICT dalam p&p dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran guru (guru mengguna ICT) dan aspek pembelajaran (murid mengguna ICT).

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam p&p boleh dikategori sebagai:
• Tutorial
• Penerokaan (eksploratori)
• Aplikasi
• Komunikasi

Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demontrasi.

Wednesday 17 October 2012

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013 – 2025

11 Anjakan Utama

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanafaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabaliti awam.

Untuk huraian setiap anjakan utama sila KLIK di sini.

DASAR ICT DALAM PENDIDIKAN

SALAM SEMUA CIKGU,

Tiga Dasar ICT berkaitan pendidikan yang perlu kita para guru tahu, ingat dan amalkan ialah;

1. Liberasasi ICT kepada semua murid
2. Guna ICT dalam pembelajaran dan pengajaran
3. Guna ICT untuk meningkatkan produktiviti.

Bersaing di Peringkat Global

6 CIRI UMUM MURID UNTUK BERSAING DI PERINGKAT GLOBAL


1. Berpengetahuan
2. Ada kemahiran berfikir
3. Ada kemahiran memimpin
4. Beretika dan beriman
5. Ada kemahiran dwibahasa
6. Beridentiti nasional

Tuesday 16 October 2012

Kerangka Konsep SKPM 2010

Salam guru-guru SK Kampung Baru Kerteh,

KERANGKA KONSEP STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM) 2010

Sekolah wujud dalam persekitaran terdiri daripada pelbagai elemen (input) yang memiliki ciri-ciri tertentu dan mempunyai hubungan antara sama lain. Input yang diproses gaul antara satu sama lain secara berterusan akan menghasilkan output iaitu kemenjadian murid.

Faktor penyumbang kepada proses pembelajaran yang menentukan corak kemenjadian murid;

1.  Kepimpinan dan pengurusan institusi pendidikan.

2.  Profesionalisme keguruan.

3.  Pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

4.  Prasarana dan sumber pendidikan.

5.  Pembangunan sahsiah dan kebajikan

6.  Pengelibatan komuniti dalam pendidikan

7.  Pembelajaran, Pengajaran dan Penilaian.

Fokus Kemenjadian Murid
Standard ke 5


Prasekolah : Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah;

  1. berkebolehan berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
  2. mempunyai kematangan emosi, konsep kendiri yang positif dan jati diri.
  3. mempunyai tubuh badan yang sihat, mempraktikkan amalan kesihatan yang baik, menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
  4. meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas, menggunakan kemahiran matematik asas, berfikir kritis, kreatif dan inovatif.
  5. mengamalkan nilai murni, nilai islam (bagi murid beragama islam) dalam kehidupan seharian, menghargai alam dan warisan budaya.

Sekolah Rendah : Pada akhir pendidikan sekolah rendah, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah;

  1. menguasai Bahasa Malaysia.
  2. menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
  3. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil.
  4. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis.
  5. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.
  6. menguasai kemahiran belajar dan berfikir.
  7. membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan keyakinan diri.
  8. menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia.
  9. menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
  10. memahami dan menghargai budaya.
  11. melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi.
  12. mengetahui hal hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri.
  13. menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan produktiviti.
  14. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan memahami makna ayat tertentu dalam al Quran (untuk murid beragama islam).
  15. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan mengamalkan nilai murni.
  16. memupuk semangat patriotisme.
  17. membangunkan bakat dan kreativiti
  18. membangunkan sikap positif.

    ..by Amran Salleh

 

Monday 12 March 2012

First Step..

Moga satu permulaan yang baik untuk sekolah kita.. :) Blog masih dalam penambahbaikan. Maaf sekiranya masih banyak maklumat yang belum lengkap.