" VISI
SK KAMPUNG BARU KERTEH
ADALAH UNTUK
MENJADIKAN SETIAP MURID
DIRINYA YANG TERBAIK”
Untuk merealisasikan VISI, kami akan memastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya :-
>>Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan.
>>Berusaha meningkatkan kecemerlangan ko-kurikulum melalui pendekatan inovatif, kreatif dan berterusan.
>>Berusaha meningkatkan kecemerlangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid melalui program Bina Insan yang efisien dan efektif sesuai dengan motto sekolah “BERADAB DAN BIJAKSANA”.
>>Berusaha mewujudkan suasana sekolah yang selamat, ceria dan bersih dengan meningkat kerjasama warga sekolah, PIBG dan masyarakat sekitar.
>>Berusaha meningkatkan kelicinan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran melalui latihan dan sistem urus yang cekap.
MOTTO SEKOLAH
Apakah yang dimaksudkan dengan
‘BERADAB dan BIJAKSANA?
BERADAB bolehlah diertikan sebagai ‘berakhlah mulia’, ‘berkelakuan baik’, ‘berbudi bahasa’, ‘berperangai baik’, ‘berpekerti luhur’, atau ‘bermoral tinggi’. Dalam erti kata lain. BERADAB merangkumi aspek ‘percakapan & perbuatan’ sama ada dengan sesama manusia mahupun dengan Allah SWT.
Manakala BIJAKSANA pula bolehlah diertikan sebagai ‘pandai, ‘cerdik’, ‘pintar’, atau ‘cerdas’. Menurut Kamus Dewan, BIJAKSANA ialah berakal, arif, pandai dan berhati-hati serta cerdik yang mana ia merangkumi aspek ‘percakapan & juga perbuatan’.
Adalah diharapkan semoga motto
SKKBKth – ”BERADAD DAN BIJAKSANA”
dapat difahami dan dihayati.
FALSAFAH SEKOLAH
Menjunjung ILMU
Menggenggam BUDI
Memahat SETIA
Menobat JANJI
No comments:
New comments are not allowed.