Thursday 13 December 2012

KEMAHIRAN ABAD KE 21.

Pakar pendidikan  kebanyakkan negara  berpendapat kanak-kanak memerlukan kemahiran lebih daripada 3M (membaca, menulis dan mengira). Dalam dunia globalisasi pada abad ke-21, keperluan untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi semakin penting.

Di Singapura, konsep kemahiran abad ke-21 ditakrifkan sebagai individu yang mempunyai  keyakinan diri, mengamalkan pembelajaran kendiri, menyumbang dengan aktif dan merupakan warga negara yang prihatin.

Di Finland, kemahiran abad ke -21 berteraskan kepada perkembangan kendiri, identiti budaya dan keantarabangsaan, kemahiran media dan komunikasi, warganegara partisipatif, bertanggungjawab terhadap persekitaran, menitik berat kesihatan diri dan masa depan yang lestari.

Di Malaysia pula kemahiran abad ke-21 terkandung dalam matlamat kurikulum kebangsaan iaitu untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik, serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.

2 comments:

  1. d m'sia kemahiran abad ke-21 ialah kemahiran menjawab soalan peperiksaan... Ye ke????

    ReplyDelete
  2. Di Msia kita sentiasa bermula dgn langkah pertama dan bila dah jauh ke depan kita akan balik pada langkah pertama.

    ReplyDelete