Thursday, 13 December 2012
KEMAHIRAN ABAD KE 21.
Wednesday, 12 December 2012
Saya ada mendengar satu kuliah agama yang sangat baik untuk dikongsi bersama-sama antaranya ialah;
Ahli kubur sangat menyesal kerana tidak membuat 4 perkara semasa hidup iaitu
- Tidak menghadiri kuliah agama
- Tidak banyak beristirghfar kepada Allah
- Tidak banyak berselawat kepada Rasullullah
- Tidak banyak bersedekah
Seterusnya Allah tidak suka kepada orang yang ketawa dalam 3 keadaan iaitu;
- Semasa mengiringi mayat ke kubur
- Semasa berada di kawasan perkuburan
- Semasa mendengar kuliah agama (senyum tak apa tapi jangan ketawa kerana bimbang hilang berkat majlis ilmu dan berkat ilmu itu).
Juga Allah tidak suka kepada orang yang tidur dalam 3 keadaan iaitu;
- Semasa mendengar kuliah agama / (khutbah).
- Antara waktu maghrib dan isyak
- Selepas solat subuh.
Tuesday, 11 December 2012
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Umpamanya, daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian dalam PISA 2009+, prestasi Malaysia berada di tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains.
Ini merupakan kali pertama Malaysia mengambil bahagian dalam pentaksiran PISA, dan purata prestasi murid Malaysia dalam ketiga-tiga bidang ini sangat rendah.
Ialah cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan.
OBJEKTIF PPPM 2013 - 2025
Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti yang berikut:
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.
(PPPM 2013 - 2025)
Assalamualaikum guru2 SK Kg Baru Kerteh.
Sila baca PPPM 2013 - 2025 untuk update pengetahuan kita mengenai rancangan kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan melaksanakan transformasi dalam pendidikan di negara kita.
Anggaplah ini sebagai satu tugas rasmi kepada kita untuk membacanya. Sila klik di sini untuk terus membaca.Bacalah...
SELAMAT MEMBACA.
Friday, 9 November 2012
Love your job
Enjoy your job
Proud your job
Sincere your job
- Memahami dan kenal murid
- Seronok dan sukakan murid
- Menguasai kemahiran
- Mempelbagaikan kaedah p&p
- Menjadi model yang sesuai dan disukai murid
- Komunikasi berkesan
- Sentiasa memberi motivasi
- Gembira / suka / ceria
- Menghormati ketua
- Mematuhi arahan
- Senang memberi kerjasama
- Sensitif dengan budaya sekitar
- Dapat menonjolkan kehebatan
Friday, 2 November 2012
1. Apakah maksud penggunaan ICT dalam p&p?
Penggunaan ICT dalam p&p bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan p&p.
2. Apakah manfaat ICT dalam pembelajaran?
Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran;
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.
• Meningkatkan motivasi murid.
• Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).
• Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
• Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperolehi.
• Mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan mencabar.
• Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana secara biasa.
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
• Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
• Meningkatkan kemahiran ICT.
3. Bagaimana menggunakan ICT dalam p&p?
Dalam konteks penggunaan ICT dalam p&p, tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.
Penggunaan ICT dalam p&p dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran guru (guru mengguna ICT) dan aspek pembelajaran (murid mengguna ICT).
Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam p&p boleh dikategori sebagai:
• Tutorial
• Penerokaan (eksploratori)
• Aplikasi
• Komunikasi
Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demontrasi.
Wednesday, 17 October 2012
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2013 – 2025
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanafaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabaliti awam.
Untuk huraian setiap anjakan utama sila KLIK di sini.
DASAR ICT DALAM PENDIDIKAN
Tiga Dasar ICT berkaitan pendidikan yang perlu kita para guru tahu, ingat dan amalkan ialah;
1. Liberasasi ICT kepada semua murid
2. Guna ICT dalam pembelajaran dan pengajaran
3. Guna ICT untuk meningkatkan produktiviti.
Bersaing di Peringkat Global
6 CIRI UMUM MURID UNTUK BERSAING DI PERINGKAT GLOBAL
1. Berpengetahuan
2. Ada kemahiran berfikir
3. Ada kemahiran memimpin
4. Beretika dan beriman
5. Ada kemahiran dwibahasa
6. Beridentiti nasional
Tuesday, 16 October 2012
Kerangka Konsep SKPM 2010
Salam guru-guru SK Kampung Baru Kerteh,
KERANGKA KONSEP STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM) 2010
Sekolah wujud dalam persekitaran terdiri daripada pelbagai elemen (input) yang memiliki ciri-ciri tertentu dan mempunyai hubungan antara sama lain. Input yang diproses gaul antara satu sama lain secara berterusan akan menghasilkan output iaitu kemenjadian murid.
Faktor penyumbang kepada proses pembelajaran yang menentukan corak kemenjadian murid;
1. Kepimpinan dan pengurusan institusi pendidikan.
2. Profesionalisme keguruan.
3. Pengurusan kurikulum dan kokurikulum.
4. Prasarana dan sumber pendidikan.
5. Pembangunan sahsiah dan kebajikan
6. Pengelibatan komuniti dalam pendidikan
7. Pembelajaran, Pengajaran dan Penilaian.
Fokus Kemenjadian Murid
Standard ke 5
Prasekolah : Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah;
- berkebolehan berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.
- mempunyai kematangan emosi, konsep kendiri yang positif dan jati diri.
- mempunyai tubuh badan yang sihat, mempraktikkan amalan kesihatan yang baik, menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
- meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas, menggunakan kemahiran matematik asas, berfikir kritis, kreatif dan inovatif.
- mengamalkan nilai murni, nilai islam (bagi murid beragama islam) dalam kehidupan seharian, menghargai alam dan warisan budaya.
Sekolah Rendah : Pada akhir pendidikan sekolah rendah, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah;
- menguasai Bahasa Malaysia.
- menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
- menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil.
- membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis.
- menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan seharian.
- menguasai kemahiran belajar dan berfikir.
- membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan keyakinan diri.
- menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia.
- menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
- memahami dan menghargai budaya.
- melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi.
- mengetahui hal hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri.
- menguasai asas keusahawanan (entrepreneurship) dan produktiviti.
- memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan memahami makna ayat tertentu dalam al Quran (untuk murid beragama islam).
- mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan mengamalkan nilai murni.
- memupuk semangat patriotisme.
- membangunkan bakat dan kreativiti
- membangunkan sikap positif.
..by Amran Salleh